- JBS Sarawak
- Hits: 11
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 BAHAGIAN SARIKEI MERIAH DAN PENUH SEMANGAT KEKITAAN
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 8 Ogos 2026 – Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Sarikei telah berlangsung dengan meriah di Khemah Utama, Kompleks Sukan Sarikei, pada 8 Ogos 2026.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan terhadap negeri Sarawak.
Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Jamaika binti Marciano yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, bersama para tetamu jemputan, wakil agensi kerajaan serta masyarakat setempat. Kehadiran pelbagai pihak dalam program ini memperlihatkan sokongan dan kerjasama erat antara agensi kerajaan dan komuniti dalam menjayakan agenda pembangunan serta kesejahteraan masyarakat.
Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Sarikei turut menjadi platform untuk menghimpunkan masyarakat dalam suasana harmoni, di samping menyemarakkan semangat Bersatu Berusaha Berbakti dan memperkukuh nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Penyertaan serta sokongan daripada pelbagai pihak diharap dapat terus diperkasakan bagi memastikan program-program yang berteraskan perpaduan, kemasyarakatan dan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan secara berterusan di Bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
