- JBS Sarawak
- Hits: 13
PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI HADIRI MESYUARAT JAWATANKUASA HAKIM PERARAKAN DAN SEPANDUK SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN & PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 11 Ogos 2026 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah diwakili oleh Puan Jamaika binti Marciano dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hakim Perarakan dan Sepanduk sempena Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPD, Pusat Kegiatan Guru, PPD Sarikei.
Kehadiran beliau adalah sebagai wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bagi menyokong serta menjayakan pelaksanaan program yang akan melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan organisasi.
Mesyuarat tersebut turut menjadi platform untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan, penyelarasan serta penilaian perarakan dan sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2026.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sentiasa komited dalam memberikan kerjasama dan sokongan terhadap program yang melibatkan penglibatan belia, komuniti serta agensi kerajaan dalam memperkukuhkan semangat kebersamaan dan keharmonian masyarakat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
