KEM LATIHAN BADMINTON

Disediakan oleh :- MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN – 9 Ogos 2026  Simanggang Badminton Club (SBC) hari ini telah berjaya menganjurkan Kem Latihan Badminton Under 15. Kem tersebut telah bermula pada 8 ogos sehingga 9 ogos 2026 merupakan kerjasama Simanggang Badminton Club dan ANT Badminton Acedemic Kuching yang berjaya menghimpunkan seramai 48 orang bakat-bakat baharu dalam sukan badminton dari seluruh Bahagian Sri Aman. 

Sepanjang kem ini diadakan, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik latihan dari tahap Biginner hingga ke tahap Advance. Selain itu, peserta juga turut didedahkan dengan cara  pemakanan yang baik dan “injuries prevention” semasa latihan dan semasa pertandingan. Usaha ini merupakan salah satu inisiatif SBC untuk mencungkil dan  melahirkan bakat baharu pemain badminton yang lebih teratur dan berstruktur. 

Majlis penutupan Kem Latihan Badminton tersebut telah dihadiri oleh Encik Mohd Israk Ismail, Pegawai Pembagunan Sukan, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Simanggang Badminton Club, barisan jurulatih, urusetia dan para peserta.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 11-08-2026, 15:32:45

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search