- JBS Sarawak
- Hits: 17
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM)
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan oleh :- MII, JBSN Sarawak
SRI AMAN ,7 Ogos 2026 - Berlangsung pagi tadi, Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) peringkat Bangunan Gunasama Persekutuan Sri Aman. Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan (JKPPBGP) bertujuan untuk menyemai Semangat patriotik dan cintakan Negara dikalangan penjawat awam yang merupakan barisan hadapan dalam sektor perkhidmatan awam untuk melaksanakan dasar kerajaan dan menyediakan perkhidmatan terhadap masyarakat.
Selain itu, program ini juga merupakan platform bagi memperkukuh hubungan silaturrahim dikalangan penjawat awam dari pelbagai agensi yang beroperasi di Bangunan Gunasama Persekutuan. Antara pengisisan program tersebut termasuklah ucapan amat oleh Pengerusi JKPPBGP, Encik Mosidi Husseini, Lafas Ikrar Penjawat Amam serta Nyanyian lagu Jalur Gemilang. Program ini telah dijayakan oleh 28 agensi Persekutuan yang beroperasi di Bangunan Gunasama Persekutuan Sri Aman.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
