- JBS Sarawak
- Hits: 5
KUNJUNGAN KELAB SUKAN BOT LAJU SUNGAI KAPIT KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN KAPIT
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan Oleh: MCG,PBSBKPT
KAPIT, 11 OGOS 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menerima kunjungan daripada Kelab Sukan Bot Laju Sungai Kapit bagi memaklumkan mengenai penubuhan kelab serta membincangkan perancangan program yang bakal dilaksanakan. Kunjungan tersebut diketuai oleh Puan Belayau Anak Alak, Pengerusi Kelab Sukan Bot Laju Sungai Kapit, bersama Encik Leran Douglas Anak Simon, Setiausaha Kelab.
Rombongan telah disambut oleh Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit yang mewakili pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
Dalam sesi kunjungan tersebut, pihak kelab turut berkongsi maklumat berkaitan penubuhan kelab, hala tuju serta perancangan aktiviti dan program yang melibatkan sukan bot laju di Bahagian Kapit.
Perbincangan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pihak kelab dengan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit, di samping membuka ruang kerjasama dalam pelaksanaan program pembangunan sukan dan belia pada masa akan datang.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit mengalu-alukan penubuhan kelab-kelab sukan baharu yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekosistem sukan di peringkat bahagian serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan yang sihat dan berdaya saing.
#JBSNKomited
#PBSBKPT
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#KBSMalaysia
#TeamKBS
