- JBS Sarawak
- Hits: 8
LAWATAN TAPAK PELAKSANAAN KEM BELIA @RAKAN PRIHATIN
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh : OAK, JBSN Sarawak
Kapit, 11 Ogos 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan lawatan ke salah satu cadangan tapak di Asrama Belia Kapit yang terletak di Jalan Bleteh, Kapit. Lawatan ini bertujuan meninjau kesesuaian lokasi, kemudahan asas, aspek keselamatan dan kesesuaian tempat melaksanakan aktiviti riadah bagi pelaksanaan Program Kem Belia @Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Kapit pada bulan Oktober 2026.
Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan perbincangan dengan Encik Bernard Umping, Pengurus Asrama Belia Kapit dimana fokus utama adalah penilaian fasiliti, kesesuaian untuk aktiviti luar dan keselamatan peserta.
Program ini mensasarkan belia berumur antara 13 hingga 16 tahun yang berisiko, dan merupakan sebahagian daripada inisiatif intervensi sosial Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha membendung keterlibatan golongan belia dengan isu dan permasalahan sosial di peringkat akar umbi. Menerusi program ini adalah diharapkan akan memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi berkaitan, NGO dan komuniti setempat bagi memastikan inisiatif Pembangunan belia dapat memberi impak jangka panjang yang positif kepada masyarakat setempat.
#JBSNKomited
#PBSBKapit
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#RakanPrihatin
