- JBS Sarawak
- Hits: 9
Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 10 OGOS 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Mukah dan Kelab Belia Progresif Balingian telah mengadakan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2026 pada 6 Ogos 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Baru Mukah. Program yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Bujang Rahman bin Seli, Residen Bahagian Mukah ini bertujuan untuk mendapatkan usul dan cadangan daripada agensi berkaitan, persatuan belia dan sukan bagi pembangunan belia di bahagian Mukah.
Dalam ucapan aluan pengerusi memaklumkan agar para belia yang hadir memanfaatkan platform yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk menyuarakan pandangan dan idea-idea segar dalam bersama-sama merangka arah tuju negara. Selain itu, belia perlu menangkis persepsi negatif masyarakat masa kini dengan mengaitkan golongan belia banyak yang terlibat dengan masalah sosial. Beliau turut mengingatkan belia dan masyarakat agar bersama-sama menangkis persepsi negatif dan mencari titik persamaan dalam membangunkan dasar negara dan pembangunan belia pada masa akan datang.
Pembentangan Kertas Kerja mengenai “Masalah Dadah Dalam Kalangan Belia” daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Mukah yang disampaikan Encik Mohamed Tumi telah dibentangkan dalam sidang pertama dan diteruskan sidang kedua berkaitan usul dan cadangan daripada ahli yang hadir. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Bujang Rahman Seli, Residen Bahagian Mukah kerana telah mempengerusikan majlis perundingan tersebut. Hadir sama ke program tersebut Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
