PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT BOLA SEPAK PERINGKAT AKAR UMBI

Disediakan oleh :- MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 2 Ogos 2026 – "Setiap Juara pernah menjadi seorang kanak-kanak", telah menjadi Moto bagi Datus United Football Club dalam usaha membangun dan mengcungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak khususnya di Bahagian Sri Aman.

 Kelab yang ditubuhkan sejak 1980an ini telah mendaftarkan kelab mereka dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia sejak tahun 2024 lepas merupakan kelab bola sepak yang pertama di Bahagian Sri Aman yang menubuhkan Akademi bola sepak untuk kanak-kanak berumur seawal 7 tahun.

Sesi latihan diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad, di Padang Simanggang yang dahulunya dikenali sebagai Padang KPSU Lama. Inisiatif berterusan kelab ini telah berjaya menarik lebih dari 60 orang pelatih untuk mengikuti program ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datus United Football Club. Semoga usaha seperti ini turut menjadi contoh kepada kelab-kelab sukan yang  lain khususnya di Bahagian Sri Aman.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search