- JBS Sarawak
- Hits: 32
Perbincangan Pelaksanaan Gotong Royong MADANI Rakan Muda
- JBS Sarawak
- Hits: 32
Perbincangan Pelaksanaan Gotong Royong MADANI Rakan Muda
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 11 Ogos 2026 – Semalam telah diadakan perbincangan dengan Ketua Kampung Encik Azhar Mat Juhai dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kerja Kampung Sekambal Melayu, Lundu untuk pelaksanaan program Gotong Royong MADANI Rakan Muda. PBSB Kuching telah diwakili oleh Puan Joyce Anyie dan Encik Muhammad Farid Amirul Adam, sukarelawan Teraju Muda. Program ini akan diadakan pada 5 September 2026 bertempat di Anjung Kasih Dewan Serbaguna Kampung Sekambal Melayu, Lundu.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada pembahagian tugas, penyediaan peralatan, kawasan yang akan dibersihkan serta kaedah pelaksanaan aktiviti agar berjalan dengan lancar dan teratur. Program ini dirancang sebagai satu usaha untuk memupuk semangat kerjasama, mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran. Semua pihak yang terlibat turut digalakkan memberikan kerjasama dan mengambil tanggungjawab dalam menjayakan program tersebut.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakanbumi
