- JBS Sarawak
- Hits: 17
MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN SUKAN AIR 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 7 Ogos 2026 – Mesyuarat penyelarasan Kejohanan Sukan Air 2026 telah diadakan bagi memperincikan persediaan penganjuran kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 6 September 2026 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Mesyuarat membincangkan aspek teknikal, keselamatan, penyertaan, promosi serta pembahagian tugas antara agensi terlibat. Turut hadir wakil Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Persatuan Kanu Sarawak, UNIMAS, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
JBS Negeri Sarawak akan memberi tumpuan kepada hebahan dan promosi penyertaan bagi menarik penyertaan lebih meluas, khususnya dalam kalangan remaja dan komuniti sukan air.
Tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 25 Ogos 2026 untuk pasukan.
Kejohanan ini turut menjadi platform mencungkil bakat baharu, memperkukuh pembangunan sukan air serta mempromosikan Sarawak sebagai destinasi penganjuran sukan berpotensi dalam sektor pelancongan sukan.
#JBSNBersama #TeamSukan #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia
