- JBS Sarawak
- Hits: 9
PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA SIRI 1 TAHUN 2026 PERINGKAT BAHAGIAN BETONG MEMUPUK UKHWAH BELIA SETEMPAT
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: EDP, JBSN Sarawak
Betong, 7 Ogos 2026 – Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Siri 1 Tahun 2026 Peringkat Bahagian Betong telah berjaya dilaksanakan pada 25 julai 2026 di Masjid As-Sabirin, Kabong dengan penglibatan aktif belia setempat serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid.
Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan masjid sebagai usaha memupuk semangat kesukarelawanan, memperkukuhkan kerjasama komuniti serta menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan golongan belia terhadap kebersihan dan kesejahteraan rumah ibadah.
Turut hadir menjayakan program ialah Cik Nurulzamzam binti Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Beliau turut bersama-sama menyertai aktiviti gotong-royong bersama kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong, iaitu Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah dan Cik Jojo anak Tehan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad Firdaus bin Samsudin, Pengerusi SABERKAS Cawangan Kabong, atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan program ini. Penghargaan turut dirakamkan kepada wakil rakan strategik, Puan Rosita binti Ismail daripada Kelab Belia Kampung Pusa, yang bersama-sama menjayakan aktiviti ini.
Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi platform untuk memperkasakan semangat kesukarelawanan, mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, pertubuhan belia dan masyarakat setempat, sekali gus melahirkan belia yang aktif, prihatin dan berbakti kepada komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbbetong
