- JBS Sarawak
- Hits: 7
135 Pegawai JPJ Sarawak Sertai Ujian Kecergasan UKJK
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh:RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 6 Ogos 2026 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah melaksanakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di Kompleks JPJ Sarawak.
Program tersebut disertai 135 orang pegawai JPJ Sarawak bagi menilai tahap kecergasan fizikal serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Ketua penguji, Encik Awangku Adi Azwan bin Awangku Bolhassan, mengetuai lima orang pegawai daripada Bahagian Pembangunan Sukan yang bertindak sebagai penguji sepanjang pelaksanaan UKJK.
Ujian yang dijalankan merangkumi beberapa komponen kecergasan berdasarkan prosedur ditetapkan. Program ini turut memperkukuh kerjasama strategik antara JBSN Sarawak dan JPJ Sarawak dalam usaha melahirkan warga kerja yang cergas, sihat dan produktif.
#JBSNBersama
#TeamSukan
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#KBSMalaysia
