Mesyuarat Penyelarasan Layar Cycling Carnival (LCC) Betong Tahun 2026

Mesyuarat Penyelarasan Layar Cycling Carnival (LCC) Betong Tahun 2026

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 6 Ogos 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Layar Cycling Carnival (LCC) Betong 2026 Bil. 3/2026 telah diadakan pada hari ini bertempat di bilik mesyuarat, Pejabat Residen Bahagian Betong bagi menyelaras persiapan penganjuran karnival yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Ogos 2026. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap ADUN N36.Layar. 

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan laporan oleh setiap jawatankuasa yang terlibat. Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek teknikal, keselamatan, kecemasan, penginapan, sajian makanan, aktiviti sukan serta penyelarasan tugasan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Cik Jojo anak Tehan, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. 

 

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#pbsbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search