- JBS Sarawak
- Hits: 16
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Mukah Bil.3 Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 6 OGOS 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Mukah Bil.3 Tahun 2026 telah diadakan pada 5 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Bujang Rahman Seli, Residen Bahagian Mukah. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli, mewaklili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi, Ucapan daripada Yang Berhormat dan Laporan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang 2026 Peringkat Bahagian Mukah bagi setiap agensi yang terlibat. Program Sarawakku Sayang 2026 Peringkat Bahagian Mukah akan dilaksanakan pada 28-30 Ogos 2026 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah dan akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak.
