- JBS Sarawak
- Hits: 18
Kunjungan Hormat PBSB Betong Ke SMK Beladin Membawa Mesej Dari Belia Untuk Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: JAT, JBSN Sarawak
BETONG, 5 Ogos 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong telah melakukan kunjungan hormat ke SMK Beladin pada 4 Ogos 2026 bertujuan untuk membincangkan program kerjasama yang akan dilaksanakan iaitu, Program Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Tahun 2026 Peringkat Bahagian Betong di SMK Beladin. Kunjungan tersebut diwakili oleh Cik Nurulzamzam bt.Hj.Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Betong dan Cik Jojo Tehan, Pembantu Belia dan Sukan. Kunjungan tersebut disambut mesra oleh Puan Nur Giselle Fatini John, Penolong Kanan Hal ehwal Murid SMK Beladin.
Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung bahaya keterlibatan dalam isu sosial, menggalakan penglibatan pertubuhan belia tunggal dalam menggerakan aktiviti intervensi sosial di peringkat komuniti serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan belia selaras matlamat pembangunan belia positif.
Perbincangan bersama pihak SMK Beladin adalah untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan berhubung pelaksanaan program Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Tahun 2026 Peringkat Bahagian Betong seperti cadangan tarikh program, tempat pelaksanaan, penyertaan peserta dan pengisian aktiviti. Hadir bersama semasa perbincangan adalah Puan Ivy Sherence anak Ambrose dan Puan Arzieda bte Yunus, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Beladin.
