- JBS Sarawak
- Hits: 20
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN PERAYAAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026 BIL. 2/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan Oleh: MCG,PBSBKPT
KAPIT, 5 OGOS 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 Bil. 2/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Kapit. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Menteri yang bertanggungjawab.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan dan menyelaras persiapan pelaksanaan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026, khususnya bagi memastikan setiap aspek pengurusan dan pelaksanaan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit yang telah membentangkan perkara berkaitan pelaksanaan Unity Walk sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026. Pembentangan tersebut merangkumi perancangan serta penyelarasan laluan, pengurusan peserta dan aspek-aspek berkaitan bagi memastikan pelaksanaan Unity Walk dapat berjalan dengan lancar, selamat dan teratur. Unity Walk merupakan antara aktiviti yang dapat menggalakkan penyertaan masyarakat dalam sambutan Hari Kebangsaan, di samping menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat.
Mesyuarat turut memberi penekanan terhadap kerjasama dan komitmen semua agensi serta jawatankuasa yang terlibat bagi memastikan segala persiapan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Diharapkan segala hasil perbincangan dan keputusan yang dicapai melalui mesyuarat ini dapat memperkukuhkan lagi persediaan bagi menjayakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri yang akan datang.
#JBSNKomited #PBSBKPT #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia #TeamKBS
