- JBS Sarawak
- Hits: 50
Kelas Vokal Dan Mini Pertandingan Karaoke Cungkil Bakat Peserta
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Kelas Vokal Dan Mini Pertandingan Karaoke Cungkil Bakat Peserta
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 5 Ogos 2026 – Kelas Vokal dan Mini Pertandingan Karaoke telah berjaya dilaksanakan pada 1 Ogos 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Komuniti dengan penyertaan seramai 21 orang peserta. Program ini merupakan program Teraju Muda yang dikendalikan oleh PBSB Kuching bersama-sama sukarelawan yang dilantik. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas vokal, teknik nyanyian serta keyakinan diri peserta ketika membuat persembahan di hadapan khalayak. Sepanjang kelas, peserta didedahkan kepada latihan pernafasan, kawalan suara, sebutan, intonasi dan penyampaian lagu secara berkesan.
Sebagai pengisian program, Mini Pertandingan Karaoke turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari. Pertandingan ini berlangsung dalam suasana yang sederhana, di samping memupuk semangat kesukanan, kreativiti dan saling memberi sokongan antara peserta. Penganjuran program ini diharapkan dapat mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian, di samping menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti pembangunan bakat serta seni budaya.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakanmuzik
