- JBS Sarawak
- Hits: 19
SUKARELAWAN MYCORPS BANTU PELAKSANAAN KEM SKIM LENCANA PENGAKAP DAERAH SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan Oleh : M Johari, JBSNSarawak
SARIKEI, 2 Ogos 2026 : Seramai 5 orang peserta program MyCorps yang sedang mngadakan projek penempatan di Rh. Benali, Nanga Ensering, Julau telah menawarkan khidmat sukarelawan untuk membantu pelaksanaan Kem Skim Lencana Pengakap Daerah Sarikei pada 31/7/2026 hingga 2/8/2026 bertempat di IPG Kampus Rajang, Bintangor.
Kem anjuran Pengakap Daerah Sarikei ini telah disertai seramai 163 orang peserta serta melibatkan 57 orang petugas dari kalangan pemimpin Pengakap, Bomba dan Penyelamat Bintangor, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Kelab Memanah Darul Sa'adah dan Majlis Pengakap Daerah.
PBSB Sarikei dan Pengakap Daerah Sarikei amat berbangga dengan semangat sukarelawan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua peserta MyCorps. Sepanjang program berlangsung, para sukarelawan MyCorps telah memainkan peranan penting dalam membantu kelancaran pengurusan kem, termasuk penyelarasan aktiviti, pengendalian logistik serta kebajikan peserta. Penglibatan aktif mereka mencerminkan semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan kerjasama yang menjadi teras Program MyCorps.
Semoga penglibatan seperti ini dapat diteruskan dalam usaha melahirkan lebih ramai belia yang berjiwa sukarelawan, berdaya saing serta sentiasa bersedia menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Syabas dan tahniah, semoga terus maju.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
