- JBS Sarawak
- Hits: 36
Taklimat Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 2 Tahun 2026: Tatacara Pengurusan Emolumen Pegawai Awam Persekutuan
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 4 Ogos 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menyertai Taklimat SPANM Bilangan 2 Tahun 2026: Tatacara Pengurusan Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang diadakan secara dalam talian pada hari ini.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Muhaida binti Jalel, Penolong Akauntan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sri Aman. Sesi ini memberi penerangan berkaitan tatacara pengurusan emolumen pegawai awam persekutuan di samping menjelaskan pelaksanaan serta pematuhan terhadap peraturan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong diwakili oleh Cik Azira binti A.Manan dan Puan Fatihah binti Moh yang mengikuti taklimat ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan pengurusan emolumen serta pengurusan kewangan dan pentadbiran.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
