- JBS Sarawak
- Hits: 27
Kejohanan Lumba Basikal Saribas Mountain Bike (MTB) 7th Edition
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 4 OGOS 2026 – Persatuan Berbasikal Bahagian Betong telah menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Saribas Mountain Bike (MTB) 7th Edition pada 25-27 Julai 2026 bertempat di Daerah Kecil Debak. Seramai 197 pelumba mewakili pelbagai kelab telah menyertai kejohanan tersebut.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohamad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N.35 Saribas. Turut hadir ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Kecil Debak serta komuniti setempat.
Syabas kepada persatuan, seluruh jawatankuasa dan peserta yang terlibat atas kejayaan penganjuran kejohanan tersebut. Semoga ianya dapat menjadi pemangkin untuk meneruskan usaha meningkat kualiti sukan berbasikal dan mencapai kejayaan berterusan di masa akan datang.
Pelaksanaan kejohanan telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK). Untuk keterangan lanjut mengenai DSK, sila klik https://www.kbs.gov.my/dsk .
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
