Sesi Training Of Trainers (TOT) Sistem Dashboard Belia Peringkat Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 4 Ogos – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Sesi Training of Trainers (TOT) Sistem Dashboard Belia kepada semua Focal Point Dashboard Belia bagi memperkukuh pelaksanaan program serta meningkatkan kecekapan pelaporan melalui sistem Dashboard Belia.

Sesi yang berlangsung pada 3 Ogos 2026 itu turut disertai oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong secara dalam talian. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai penggunaan Sistem Dashboard Belia, tatacara pengisian data serta kaedah pelaporan yang tepat dan sistematik. 

Diharapkan sesi latihan ini dapat meningkatkan kefahaman serta kemahiran para pegawai dalam mengendalikan sistem Dashboard Belia sekali gus memastikan penyampaian data dan pelaporan program dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tepat dan berkesan.

 

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#pbsbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search