Pengurusan Rekod Jabatan Memastikan Maklumat Rasmi Jabatan Terurus Ikut Garis Panduan

Pengurusan Rekod Jabatan Memastikan Maklumat Rasmi Jabatan Terurus Ikut Garis Panduan

Disediakan oleh: NZS, PBSB Betong 

BETONG, 4 OGOS 2026 – Pengurusan rekod jabatan adalah proses kawalan sistematik yang merangkumi pewujudan, penyelenggaraan dan pelupusan rekod awam. Ia bertujuan untuk memastikan maklumat rasmi jabatan diuruskan secara teratur mengikut garis panduan seperti yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Untuk memastikan pematuhan garis panduan berkenaan dilaksanakan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod Jabatan pada 28 hingga 30 Julai 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Sarawak. 

Pelaksanaan kursus tersebut telah mendapat sambutan dan maklum balas yang amat positif daripada setiap wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian yang hadir. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah diwakili oleh Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan Puan Norfatihah bt Moh, Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi).

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#pbsbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search