- JBS Sarawak
- Hits: 14
KEJOHANAN TENPIN BOWLING BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN JBSN SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
KUCHING, 2 Ogos 2026 – Kejohanan Tenpin Bowling Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah berlangsung di Megalanes Sarawak, Batu Kawa.
Cawangan Kecergasan Nasional muncul johan menerusi gandingan Encik Hazwan Salleh Baihaki dan Puan Shyennier Jean Sherit. Naib johan disandang oleh Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, manakala Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi meraih tempat ketiga. Bahagian Pentadbiran selaku pasukan jemputan menduduki tempat keempat, diikuti Cawangan Pembangunan Sukan OKU di tempat kelima.
Turut hadir menyaksikan pertandingan ialah Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak; Encik Abitt Nunong, Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran; dan Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan. Kejohanan ini mengeratkan hubungan warga jabatan melalui semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan persaingan sihat dalam suasana meriah bersama.
#JBSNBersama
#TeamSukan
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#KBSMalaysia
