- JBS Sarawak
- Hits: 8
KLAS Pribumi Mukah Sasar Lebih 100 Orang Penyertaan
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 4 OGOS 2026 – Perbincangan lokasi dan kaedah penganjuran Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Pribumi Peringkat Bahagian Mukah 2026 telah diadakan pada 4 Ogos 2026 bertempat di Pejabat Pentadbiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah. Sesi perbincangan tersebut telah diketuai Encik Mohammad Arbi Rosli merangkap Pegawai Penyelaras Program bersama Tuan Muhammad Taufiq Ismail, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar MRSM Mukah. Hadir sama Puan Noorlina Mirais dan Puan Hatijah Halidi semasa perbincangan tersebut.
Sebelumnya, Encik Mohammad Arbi menerangkan secara ringkas berkenaan program dan kaedah pelaksanaannya kepada pihak MRSM. KLAS Pribumi akan dilaksanakan sebanyak 4 sesi bermula pada 26 September 2026 sehingga 17 Oktober 2026 dan dijangka melibatkan 128 orang pelajar pribumi melibatkan 2 sukan iaitu futsal lelaki dan bola jaring wanita. Program ini juga akan menjalinkan kerjasama bersama Nebulae FC dan Majestic Netball Club bagi menjayakan pelaksanaannya.
