- JBS Sarawak
- Hits: 10
KURSUS PENGURUSAN ELAUN DAN KEMUDAHAN AWAM
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan oleh: OAK, JBSN Sarawak
KAPIT, 4 Ogos 2026 – Seramai 40 orang penjawat awam menyertai Kursus Pengurusan Elaun dan Kemudahan Sektor Awam selama tiga hari pada 28 hingga 30 Julai yang lepas, bertempat di Meligai Hotel, Kapit bagi memantapkan kefahaman terhadap tatacara kewangan dan pekeliling terkini. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Wong Chai Ling, Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Sibu.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan pengurusan elaun, tuntutan dan kemudahan sektor awam selaras dengan peraturan dan pekeliling semasa. Objektif kursus juga adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai jenis elaun dan kemudahan, mengelakkan kesilapan serta penolakan tuntutan akibat ketidakpatuhan peraturan dan menguasai kaedah pengiraan elaun perjalanan, lojing dan kemudahan perubatan.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta turut didedahkan dengan tatacara pengurusan kewangan yang cekap, teratur dan berintegriti bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur kewangan kerajaan. Puan Olivia Kaminis dan Cik Uja Rama telah hadir bersama ke kursus tersebut mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit .
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
