- JBS Sarawak
- Hits: 24
PBSB SARIKEI MENJALIN KERJASAMA STRATEGIK BANTU MELATIH GENERASI MUDA SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 2 Ogos 2026 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah bekerjasama dengan Pengakap Daerah Sarikei dari segi menyumbangkan tenaga, kepakaran serta sokongan teknikal dalam menjayakan Kem Skim Lencana Pengakap PKK/PM/PR 2026 yang berlangsung di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO), IPG Kampus Rajang, Bintangor.
Kem yang disertai oleh 163 orang ahli Pengakap dari 15 buah sekolah menengah dan rendah dari Daerah Sarikei ini bukan sahaja bertujuan menilai peserta bagi melayakkan mereka memperoleh lencana mengikut skim latihan Pengakap, malah menjadi platform membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing serta memiliki ciri-ciri kepimpinan. Program ini turut menekankan pembinaan sahsiah agar peserta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Majlis penangguhan kem telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Methodius Macdonald George Segie, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut.
Antara tenaga pengajar yang memainkan peranan penting sepanjang kem ialah Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan), serta Encik Zulfadhli Leonardo, Penolong Pegawai Cawangan Rakan Muda merangkap Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Sarikei. Kepakaran dan pengalaman mereka telah banyak membantu memastikan setiap modul latihan serta penilaian dilaksanakan dengan berkesan dan menepati standard Persekutuan Pengakap Malaysia.
Penganjuran kem ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai ahli Pengakap yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia, sekali gus memperkukuhkan peranan Pergerakan Pengakap sebagai wadah pembangunan modal insan serta kepimpinan belia di Sarawak.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
