- JBS Sarawak
- Hits: 14
Dua Pegawai Melapor Diri, JBSN Sarawak Terima Pegawai Baharu
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: NAR, JBSN Sarawak
KUCHING, 3 Ogos 2026 – JBSN Sarawak hari ini menerima 2 orang kakitangan baharu iaitu Encik Abang Syamsul Zainuri bin Abang Sapini, Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta Encik Jahidin Abdullah, Pembantu Khidmat Am yang melapor diri pagi tadi. Encik Abang SyamsulZainuri bin Abang Sapini dari Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan menggantikan Encik Khalid bin Hamid yang telah bertukar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak manakala Encik Jahidin Abdullah dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor melapor diri sebagai kakitangan baharu dan akan ditempatkan di Bahagian Pentadbiran, JBSN Sarawak.
Majlis ringkas pelaporan diri itu berlangsung di pejabat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Lamat Anak Nyalau, yang menyambut kehadiran mereka telah merakamkan ucapan setinggi tahniah dan selamat datang di atas pelantikan baharu tersebut.
Edited · 16 h
