PEMENANG DART WARGA EMAS WAKILI SARAWAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN

PEMENANG DART WARGA EMAS WAKILI SARAWAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN

 

Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak 

KUCHING, 2 Ogos 2026 – Kejohanan Sukan Dart Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung dengan jayanya di War’s 15 Dart Club. 

Dalam kategori lelaki, Ismail B. Luhi muncul juara dan menerima RM500 berserta medal, diikuti Awg Affendi B. Awg Daud sebagai naib juara dengan RM300 dan medal. Tempat ketiga dimenangi Nagalingam A/L Pakirisami yang menerima RM200 dan medal, manakala Abu Bakar B. Hasli menduduki tempat keempat dengan hadiah RM100 dan medal.

Bagi kategori wanita, Jamaiah Senson dinobatkan juara, Noor Asmah Bt Junaidi naib juara, Jong Nyuk Kee tempat ketiga dan Noryati Bt Hj Alek tempat keempat.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Fatimah Binti Abd Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBS dan Encik Abit Nunong, Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran JBS.

Kejohanan ini turut menggalakkan warga emas kekal aktif dan kompetitif. Semua pemenang akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan.

#JBSNBersama #TeamSukan 
#TeamJBSN 
#JBSNSarawak #KBSMalaysia

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search