- JBS Sarawak
- Hits: 5
Mesyuarat Persediaan Pelaksanaan Jawatankuasa Sambutan Hari Sarawak Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan oleh: TT, PBSB Sibu
SIBU, 16 JULAI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sibu telah menghadiri Mesyuarat Persediaan Pelaksanaan Jawatankuasa Sambutan Hari Sarawak Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Residen Bahagian Sibu, hari ini.
Mesyuarat penting tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Residen Sibu, Encik Christopher Ranggau Unting. Tujuan utama perbincangan ini diadakan adalah untuk mengumpul laporan persediaan awal daripada setiap agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat bagi memastikan kelancaran sambutan yang bakal menjelang.
Sebagai salah satu agensi yang dijemput, kehadiran PBSB Sibu mencerminkan komitmen padu dalam menyelaraskan aktiviti serta program belia dan sukan bagi memeriahkan lagi Hari Sarawak pada tahun ini. Kerjasama erat antara semua agensi ini diharap dapat memastikan seluruh perancangan berjalan lancar demi kejayaan sambutan peringkat bahagian.
#JBSNSarawak #KBSMalaysia #MalaysiaMadani #PBSBSibu #TeamKBS
