SMK HAJJAH LAILA TAIB JULANG PROGRAM ARPRM, TEKAD MELAHIRKAN MODAL INSAN HOLISTIK

SMK HAJJAH LAILA TAIB JULANG PROGRAM ARPRM, TEKAD MELAHIRKAN MODAL INSAN HOLISTIK

Disediakan oleh : NL

SAMARAHAN, 16 Julai 2026 – SMK Hajjah Laila Taib secara rasmi menyatakan sokongan padu dan kesediaan penuh dalam melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) demi memperkasakan potensi pelajar di sekolah berkenaan.

Pengetua SMK Hajjah Laila Taib, Tuan Syed Ishak Bin Syed Manan, menegaskan bahawa pelaksanaan ARPRM merupakan langkah strategik dalam membentuk disiplin, jati diri, serta menyuburkan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan generasi muda.

Pelaksanaan program semalam turut menerima kunjungan hormat Puan Nurul Aini Binti Rahmat – Pegawai Cawangan Pembangunan Potensi Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Puan Norliati Binti Li – Unit Rakan Muda dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.

Bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan modul ARPRM, pihak sekolah telah mengamanahkan tanggungjawab pengurusan kepada dua guru pemimpin utama, iaitu Encik Rapheal John dan Ustazah Nasuha Binti Ibrahim, mereka akan bertindak sebagai pembimbing rapat kepada para pelajar sepanjang fasa pelaksanaan program.

Melalui komitmen bersepadu ini, SMK Hajjah Laila Taib optimis mampu melahirkan kelompok remaja yang aktif, dinamik, dan berdaya saing tinggi, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti di Bahagian Samarahan.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search