- JBS Sarawak
- Hits: 26
Kursus Pengurusan Rekod Jabatan Jbs Negeri Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh: Everlyn M, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 JULAI 2026: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan Kursus Pengurusan rekod dan dihadiri oleh Encik Jeremy Anak Luguh Pegawai Belia dan sukan Bintulu dan Puan Everlyn Anak Morgan, Pembantu Tadbir (P/O) yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching bermula daripada 28 hingga 30 Julai 2026.
Kursus ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam pengurusan rekod jabatan selain daripada itu dapat memperkukuh amalan pengurusan rekod yang lebih teratur dan berkesan dalam jabatan.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta turut didedahkan kepada kepentingan tadbir urus rekod yang berkesan dalam memastikan maklumat jabatan sentiasa teratur, mudah diakses, selamat serta menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti.
Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuh budaya kerja yang lebih sistematik dan profesional dalam kalangan warga jabatan, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan dokumen serta pematuhan terhadap dasar dan prosedur pengurusan rekod kerajaan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
