PROGRAM PRAKAN PRIHATIN PERKASA PERANAN SUKARELAWAN RAKAN MUDA SAMARAHAN

PROGRAM PRAKAN PRIHATIN PERKASA PERANAN SUKARELAWAN RAKAN MUDA SAMARAHAN

Disediakan oleh : NL

SAMARAHAN, 11 Julai 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan hari ini berjaya menganjurkan Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (Pasca & Bencana) Tahun 2026 Peringkat Bahagian Samarahan bertempat di The Salvation Army Kuching Children’s Care Centre, Kota Samarahan.

Program kebajikan ini melibatkan seramai 30 orang sukarelawan Rakan Muda yang berkumpul untuk menyantuni serta berinteraksi bersama-sama 57 orang anak yatim di pusat jagaan tersebut.

Aktiviti dimulakan seawal pagi dengan sesi senamrobik bagi menyemarakkan semangat bertenaga, diikuti dengan kerja khidmat masyarakat dan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran pusat jagaan.

Hadir sama menjayakan program ialah Pengurus pusat jagaan, Puan Liew Yew Foon, serta Penolong Pegawai Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Encik Freddy Anak Jombing. Program ini turut mendapat kerjasama padu daripada rakan strategik utama iaitu Persatuan Belia Samarahan dan Kelab Rakan Muda Kota Samarahan.

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk nilai murni dan sifat keprihatinan dalam kalangan belia, sekali gus melatih kesiapsiagaan sukarelawan Rakan Muda dalam gerak kerja komuniti dan kebajikan.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search