- JBS Sarawak
- Hits: 19
Pengesahan Perakuan Pelupusan (PEP) Aset ICT Di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu Diperkukuh Bagi Memastikan Pengurusan Aset Yang Cekap
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 JULAI 2026: Sesi pengesahan Perakuan Pelupusan (PEP) bagi aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah berjaya dilaksanakan oleh dua orang Pegawai Teknologi Maklumat dari Universiti Putra Malaysia Sarawak di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.
Proses pengesahan ini melibatkan semakan terhadap 3 unit aset ICT yang telah rosak, usang, tidak ekonomik untuk dibaiki atau tidak lagi sesuai digunakan. Setiap aset telah dinilai oleh pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang ICT sebelum diperakukan untuk tindakan pelupusan mengikut prosedur yang ditetapkan. Tatacara ini selaras dengan garis panduan pengurusan aset kerajaan yang menetapkan penggunaan Perakuan Pelupusan (PEP) sebagai dokumen penting dalam proses pelupusan aset teknikal.
Pelaksanaan pengesahan PEP ini sebahagian daripada usaha memastikan pengurusan aset kerajaan dilaksanakan secara sistematik, telus dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa serta memastikan rekod aset sentiasa dikemas kini selain membantu mengoptimumkan penggunaan ruang penyimpanan, mengurangkan kos penyelenggaraan aset yang tidak lagi berfungsi dan meningkatkan kecekapan pengurusan aset ICT organisasi.
Selain itu, pengesahan yang dilaksanakan turut memastikan setiap proses pelupusan mematuhi prinsip tadbir urus yang baik, di samping menyokong amalan pengurusan aset yang lebih cekap, berintegriti dan mampan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
