- JBS Sarawak
- Hits: 7
𝐖𝐎𝐌𝐄𝐍 𝐈𝐍 𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓𝐒 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐄𝐌𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑𝐒 𝐖𝐎𝐌𝐄𝐍’𝐒 𝐑𝐎𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓𝐒
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh : NL
SAMARAHAN, 1 Julai 2026 - Seminar Kepimpinan Wanita dalam Sukan 2026 telah berjaya dirasmikan pagi ini di Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir ialah Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN); Encik Khairul Nizam bin Morshidi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC); Puan Asmalini binti Che Abu Shafie, Ketua Pusat, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Sarawak; ahli Jawatankuasa Eksekutif UiTMCS; serta penceramah dan peserta seminar.
Seminar dua hari yang dianjurkan bersama oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTMCS, berjaya menghimpunkan kira-kira 120 peserta. Seminar ini menekankan bahawa memperkasakan wanita dalam sukan melangkaui penyertaan sebagai atlet, merangkumi peranan yang lebih luas sebagai pemimpin, pembuat dasar, penyelidik, jurulatih dan agen perubahan dalam pembangunan negara. Wanita juga mampu bersaing dan cemerlang di peringkat tertinggi apabila diberikan peluang, sumber yang mencukupi dan sokongan berterusan daripada institusi pendidikan, kerajaan dan masyarakat.
Inisiatif ini selaras dengan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030, yang mengetengahkan kepimpinan, pemerkasaan ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan, termasuk meningkatkan penyertaan wanita dalam jawatan strategik dan proses membuat keputusan.
Puan Norliati Binti Li, Pembantu Belia dan Sukan hadir bagi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
Semoga seminar ini menjadi pemangkin dalam melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam sektor sukan, serta memberi inspirasi kepada inisiatif dan penyelidikan yang seterusnya memperkukuhkan pembangunan wanita dalam bidang ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
