- JBS Sarawak
- Hits: 22
BENGKEL PROFESIONALISME KERJA BELIA SKM-PPT SIRI 4 ZON
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan Oleh : SD, JBSN Sarawak
SRI AMAN 17 Julai 2026 - Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 4 Zon Selatan Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Julai 2026 di Pusat Latihan LKIM Camar Laut, Bagan Lalang, Selangor.
Program yang menghimpunkan seramai 54 orang peserta ini bertujuan memperkukuh profesionalisme pegawai dan penggiat pembangunan belia, khususnya dalam pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Bengkel ini turut menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada golongan belia.
Turut hadir menyertai bengkel ini ialah Encik Sazali bin Dillah daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, bersama peserta lain yang terdiri daripada pegawai pelbagai agensi dari Zon Selatan.
Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta sebagai penghargaan atas komitmen dan penglibatan sepanjang program dilaksanakan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
