- JBS Sarawak
- Hits: 19
TAKLIMAT AKHIR LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh :- MII, JBSN Sarawak
KUCHING, 15 JULAI 2026 - Satu sesi taklimat Pertandingan Akhir bagi Pengurus-pengurus pasukan yang akan bertanding dalam acara Bola tampar, Bola Jaring dan Futsal telah diadakan di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) hari ini.
Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk menyampaikan dan membincangkan hal-hal pengurusan pasukan, syarat-syarat LSK Peringkat Negeri dan Venue Pertandingan yang akan terlibat. Dalam sesi taklimat tersebut juga, Pengelola Pertandingan turut menyentuh beberapa perkara mengenai kelayakan pemain-pemain yang dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini. Turut hadir mewakili Kontinjen Sri Aman pada sesi taklimat ialah Encik Mohd ISrak Ismail, Selaku Pegawai Pengiring Kontinjen LSK Bahagian Sri Aman
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
