PERBINCANGAN PROGRAM ARPRM DAN TAKLIMAT PENUBUHAN KELAB SUKAN BERSAMA SMK SRI AMAN

Disediakan Oleh : Howard B.R, JBSN Sarawak 

SRI AMAN, 14 JULAI 2026 – Perbincangan awal perlaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di  sekolah menengah Sri Aman  dibawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman telah diadakan pada 14 Julai 2026 bersama pengetua dan kakitangan sekolah menengah Sri Aman. Penglibatan para pelajar dari sekolah perlu dalam program tersebut sebagai langkah awal untuk mendidik nilai-nilai kesukarelawanan dalam diri pelajar bagi menyediakan belia yang berkualiti pada masa akan datang.

Perjumpaan itu juga turut merangkumi penerangan berkenaan prosedur dalam pendaftaran kelab sukan dan kelab belia. Hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dalam sesi perbincangan tersebut ialah Encik Mohd Israk, Pegawai Pembangunan Sukan bersama Encik Howard Bunsu anak Resik , Pegawai Pembangunan Rakan Muda.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search