PERSIAPAN AKHIR KONTINJEN LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) BAHAGIAN SRI AMAN KE PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh :- MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN – 14 JULAI 2026 Satu mesyuarat penyelarasan telah berlangsung dengan jayanya pada jam 3.00 petang tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. 

Mesyuarat penting ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Israk Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, bersama-sama dengan para pengurus pasukan bagi sukan bola tampar, futsal, dan bola jaring.

Ringkasan Fokus Mesyuarat:

Misi Utama: Memantapkan persediaan rapi kontinjen Sri Aman.

Tarikh Kejohanan: 17 & 18 Julai 2026 (Jumaat & Sabtu ini).

Lokasi: Kuching, Sarawak.

Sukan Membawa Cabaran: Bola Tampar, Futsal, dan Bola Jaring.

Perbincangan petang tadi memfokuskan kepada kelancaran aspek logistik, jadual perjalanan, kebajikan atlet, serta strategi teknikal pasukan. Ini bagi memastikan nama baik Sri Aman terus dijulang di peringkat negeri nanti! 

Syabas diucapkan kepada semua pengurus pasukan atas komitmen tinggi yang ditunjukkan demi pembangunan sukan komuniti kita.

Selamat maju jaya kontinjen Sri Aman! Ayuh bawa pulang kejayaan!

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search