MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) BAHAGIAN SRI AMAN 2026

Disediakan Oleh : SD, JBSN Sarawak 

SRI AMAN,  6 JULAI 2026 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah berjaya melaksanakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat Bahagian Sri Aman bertempat di Dewan Suarah Sri Aman yang dirasmikan oleh Tuan Mahra bin Salleh Residen  Bahagian Sri Aman merangkap Pengerusi MPBN Bahagian Sri Aman. Turut hadir ialah Encik Frank anak Lani Timbalan Residen Bahagian Sri Aman dan Encik Sharif bin Bujang Pegawai Daerah Sri Aman. Seramai 58 orang yang telah hadir dalam MPBN ini yang melibatkan ajk pertubuhan belia, agensi kerajaan dan pemimpin pelajar SMK Simanggang dan SMK Sri Aman

Lima usul telah dibentangkan oleh Encik Alexander Frusis dari Kelab Belia BELDANA dan satu usul akan dibawa ke MPBN peringkat Negeri Sarawak pada bulan Ogos 2026.

Satu pembentangan kertas kerja yang dibentangkan oleh Puan Nur Izzati Zalaluddin dari Kelab Belia Transfomasi Aktif Bandar Simanggang yang bertujuan untuk mengadakan program khas kepada pertubuhan belia di Bahagian Sri Aman pada tahun hadapan yang melibatkan sokongan daripada agensi kerajaan di Bahagian Sri Aman.

Aktiviti senamrobik juga telah diadakan sebelum bermula MPBN yang bertujuan untuk menggalakkan golongan belia dan agensi kerajaan mengamalkan gaya hidup yang  sihat dan cergas sepanjang masa.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search