MESYUARAT BULANAN SELARAS PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN

MESYUARAT BULANAN SELARAS PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN

Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak

KUCHING, 28 Jun 2026 – Mesyuarat Bulanan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah dipengerusikan oleh Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan. Mesyuarat tersebut melibatkan pegawai daripada Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Cawangan Kecergasan Nasional, Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi serta Cawangan Pembangunan Sukan OKU. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah perancangan dan penyelarasan program akan datang bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan mencapai kumpulan sasaran. Selain itu, para pegawai turut diberikan taklimat berkaitan SKU sebagai panduan dalam pelaksanaan tugas dan pemantauan prestasi. Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menyelaras tindakan, berkongsi perkembangan semasa serta memperkukuh kerjasama antara semua cawangan di bawah Bahagian Pembangunan Sukan secara lebih sistematik, cekap dan menyeluruh.

#JBSNBersama #TeamSukan #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search