- JBS Sarawak
- Hits: 16
MINI KARNIVAL KEMENTERIAN PENGANKUTAN MALAYSIA MERIAH DENGAN SEMANGAT PERPADUAN KAUM MELALUI AKTIVITI SUKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh:HWH, JBSN Sarawak.
LIMBANG, 28 JULAI 2026 – “Perpaduan ummah tunjang silaturahim” menjadi satu ideologi menarik dalam memberi wadah persahabatan kukuh di antara kaum yang terdapat di Bahagian Limbang. Pada awal bulan lalu telah berlangsung satu Program yang dinamakan Mini Karnival MOT Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertempat di Amphithether Tebingan Sungai Limbang. Program anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia ini telah dirasmikan Oleh Yang Berhormat, Datuk Haji Hasbi Bin Habibollah, Timbalan Menteri pengangkutan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen P221 Limbang. Turut hadir iaitu Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang serta semua wakga kerja Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang dilantik sebagai Rakan Strategik bagi menjayakan program dan acara sukan semasa berlangsungnya Mini Karnival ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
