- JBS Sarawak
- Hits: 19
MESYUARAT PENYELARASAN KEM BELIA TAHUN 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 24 Julai – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kem Belia Tahun 2026 Peringkat Bahagian Sarikei di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei bagi memperincikan persiapan pelaksanaan program yang bakal diadakan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Michael Anak Mpulop, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, dengan penyertaan wakil daripada PPD Sarikei. Turut hadir ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) daripada SMK Sungai Paoh, SMK Sarikei Baru, SMK Bandar Sarikei, SMK Tinggi Sarikei dan SMK St. Anthony, selain pegawai-pegawai Sektor Pembangunan Murid PPD Sarikei dan pegawai daripada PBSB Sarikei.Dalam mesyuarat tersebut, Puan Jamaika binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menyampaikan pembentangan kertas kerja Kem Belia Tahun 2026 yang merangkumi objektif program, pengisian aktiviti, peranan jawatankuasa, aspek keselamatan peserta, logistik serta perancangan pelaksanaan secara menyeluruh.
Mesyuarat turut membincangkan penyelarasan tugasan, keperluan kewangan, pengurusan peserta, jadual pelaksanaan serta kerjasama strategik antara sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei dan PBSB Sarikei bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Semua pihak yang hadir menyatakan komitmen untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan Kem Belia Tahun 2026 sebagai platform pembangunan kepimpinan, sahsiah, jati diri dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia di Bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
