Penyelarasan Pelaksanaan Program Pembangunan Belia JBSN Sarawak

Penyelarasan Pelaksanaan Program Pembangunan Belia JBSN Sarawak
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 27 Julai 2026 – Satu sesi penyelarasan Program Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan pada 27 Julai 2026 secara atas talian bagi memperkukuh perancangan, penyelarasan serta pelaksanaan program pembangunan belia di peringkat Bahagian.  Perbincangan telah dipengerusikan oleh Encik Abdul Zamrie Randim.

Sesi ini menghimpunkan pegawai-pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan program bagi membincangkan hala tuju, jadual pelaksanaan, mekanisme pemantauan serta strategi meningkatkan penyertaan belia dalam program-program belia yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos hingga Oktober 2026. Melalui sesi penyelarasan ini, diharapkan semua pihak dapat menyelaras peranan masing-masing dengan lebih efektif, sekali gus memastikan objektif pembangunan belia dapat dicapai melalui pelaksanaan program yang berkualiti, mampan dan berfokus kepada pembangunan potensi belia.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakandemokrasi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search