Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching Sertai Sesi Dialog Bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Persatuan

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching Sertai Sesi Dialog Bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Persatuan
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 27 Julai – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah diwakili oleh Puan Joyce Anyie semasa Sesi Dialog bersama Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Julai bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Komuniti Mas Gading. Dialog ini menghimpunkan wakil-wakil persatuan belia, sukan di kawasan Parlimen P.192 Mas Gading yang menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik serta memperkasakan agenda pembangunan belia dan sukan di Bahagian Kuching.

Sesi dialog tersebut memberi ruang kepada wakil-wakil persatuan untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan berkongsi cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program di peringkat akar umbi. Pelbagai isu berkaitan pembangunan belia, pengukuhan persatuan, pembangunan sukan komuniti serta usaha meningkatkan penyertaan belia dalam aktiviti kemasyarakatan turut dibincangkan. Sesi dialog ini diharap menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih kukuh antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching, persatuan serta semua pihak berkepentingan demi memastikan pembangunan belia dan sukan di Bahagian Kuching terus diperkasakan secara menyeluruh.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakandemokrasi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search