- JBS Sarawak
- Hits: 39
Pemasangan Aset Alih Kerajaan Perkukuh Kemudahan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Pemasangan Aset Alih Kerajaan Perkukuh Kemudahan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 27Julai – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah melaksanakan pemasangan aset alih Kerajaan sebagai usaha mempertingkatkan kemudahan pejabat dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif serta efisien. Pemasangan aset tersebut melibatkan penyediaan dan penempatan peralatan pejabat yang diperlukan bagi menyokong kelancaran urusan pentadbiran serta pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan di Bahagian Kuching.
Aset yang dipasang adalah 2 unit kabinet besi 4 laci berpalang dan seunit kabinet besi 2 laci. Pelaksanaan kerja pemasangan telah dijalankan mengikut tatacara pengurusan aset alih kerajaan yang ditetapkan, di samping memastikan setiap aset dipasang dengan selamat, berfungsi dengan baik dan direkodkan mengikut prosedur yang berkuat kuasa.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
