- JBS Sarawak
- Hits: 38
Majlis Perundingan Belia Negara Platform Serta Medan Efektif Dalam Usaha Libat Urus Bersama Pemimpin Belia Akar Umbi
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh: JAT, JBSN Sarawak
BETONG, 23 Julai 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Betong telah melaksanakan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Betong Tahun 2026 pada 14 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong. Majlis perundingan tersebut telah dipengerusikan oleh Cik Florence Bulan anak Johnny, mewakili tuan Residen yang merupakan Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Betong. Majlis Perundingan Belia Negara ini turut dihadiri oleh agensi kerajaan persekutuan dan negeri, persatuan/kelab belia serta NGO’s yang lain.
Objektif Majlis Perundingan Belia Negara diadakan sebagai platform bagi mengadakan perbincangan secara konstruktif dan inklusif melibatkan pembangunan belia serta mengangkat suara dan pandangan golongan belia ke peringkat tertinggi. Pelbagai usul dan isu dibahas berserta maklum balas daripada agensi yang berkaitan semasa persidangan tersebut. Turut diadakan pembentangan kertas kerja daripada 2 agensi iaitu, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Betong sebagai salah satu dari pengisian persidangan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Betong Tahun 2026.
