- JBS Sarawak
- Hits: 20
Perbincangan Program ARPRM Bersama PPD Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 23 JULAI 2026 – Perbincangan untuk melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di beberapa buah sekolah menengah bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah telah diadakan pada 23 Julai 2026 bersama dengan Encik Awang Yusri Awang Adeni, Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Penglibatan para pelajar dari sekolah perlu dalam program tersebut sebagai langkah awal untuk mendidik nilai-nilai kesukarelawanan dalam diri pelajar bagi menyediakan belia yang berkualiti pada masa akan datang.
Perjumpaan antara pejabat dan PPD Mukah bertujuan untuk mengenal pasti prosedur serta tindakan yang diperlukan di peringkat pejabat bagi program-program yang melibatkan sekolah. Hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dalam sesi perbincangan tersebut ialah Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Puan Noorlina Mirais, Pegawai Pembangunan Rakan Muda.
