Mukah Fun Run dan Fun Walk Meriahkan Sambutan Hari Sarawak 2026 Daerah Mukah

Mukah Fun Run dan Fun Walk Meriahkan Sambutan Hari Sarawak 2026 Daerah Mukah

Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 23 JULAI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dijemput       bersama – sama memeriahkan Program Sambutan Hari Sarawak 2026 Peringkat Daerah Mukah dan telah dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli pada 22 Julai 2026 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah. Aktiviti Fun Run dan Fun Walk telah memeriahkan program dan aktiviti sampingan lain turut dilaksanakan. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian.

Program ini telah disertai 1000 lebih orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum sekaligus mencerminkan kesepaduan penduduk Sarawak yang telah diterjemah pada Sambutan Hari Sarawak 2026 kali ini. Selain itu, kehadiran ketua jabatan, ketua masyarakat dan ketua kaum yang terdiri dengan kepelbagaian bangsanya memeriahkan program tersebut. Penampilan seperti ini bersesuaian untuk Sarawak mengorak langkah terus kehadapan bertepatan dengan tema sambutan Hari Sarawak 2026 iaitu Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search