- JBS Sarawak
- Hits: 18
MESYUARAT BERKALA JABATAN BAGI TEMPOH SUKU KETIGA TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak
BETONG, 13 JULAI 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan mesyuarat berkala jabatan bagi suku ketiga tahun 2026 secara bersemuka pada 9 hingga 10 Julai 2026 melibatkan ketua bahagian di ibu pejabat serta ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan hal ehwal pengurusan pentadbiran jabatan, laporan kewangan, aset alih kerajaan dan tatakelola.
Laporan pelaksanaan program yang telah diadakan di setiap bahagian sepanjang tempoh April hingga Jun 2026 dibentangkan oleh ketua pejabat. Manakala, ketua bahagian di ibu pejabat turut membentangkan perancangan pelaksanaan program bagi bulan Julai sehingga Disember 2026.
Mesyuarat berkala ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
