- JBS Sarawak
- Hits: 25
ETIKA KERJA PENJAWAT AWAM BERPANDUKAN NILAI TERAS INTEGRITI, PROFESIONALISME DAN AKAUNTABILITI
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak
BETONG, 13 JULAI 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) telah mengadakan perhimpunan bulanan bil.3/2026 pada 10 Julai 2026 bertempat di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan Sarawak (KOMBES). Perhimpunan pada kali ini dengan bertemakan 'Piala Dunia' telah dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Bahagian Pengurusan JBSNS.
Semasa perhimpunan tersebut, Yang Berusaha Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan kata-kata amanat beliau kepada semua warga kerja agar sentiasa menjaga etika perkhidmatan awam, menjalankan tugas dengan berintegriti, profesionalisme dan akauntabiliti. Beliau turut menasihatkan untuk sentiasa prihatin menjaga kesihatan masing-masing dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Acara yang turut diadakan semasa perhimpunan tersebut ialah majlis penyampaian sijil Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan April sehingga Jun 2026 serta meraikan ulang tahun hari kelahiran warga kerja JBSNS untuk bulan Mei sehingga Julai 2026.
Perhimpunan pada kali ini turut disertai oleh warga JBSNS dari seluruh bahagian secara dalam talian.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
